Tiada tuhan selain Allah.

Posted by pejuang Monday, January 4, 2010

Sungguh besar isu yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu ni, saya tak tau apa maksud yang tersirat disebalik keputusan mahkamah. tetapi yang pastinya isu nama Allah ini sensitif dan sangat tidak sesuai untuk dijadikan bahan untuk mengekal kuasa atau bermain politik. Dari segi istilah nama Allah itu tidak merujuk kepada mana-mana makna, sebab di dalam Al-quran itu jelas memberitahu kepada sekalian manusia tidak kira islam atau bukan islam bahawa nama Allah itu hanya untuk mereka yang beragama islam atau secara detailnya bagi makhluk Allah yang mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. God didalam kamus malayu pun bermaksud Tuhan dan bukan Allah. Allah itu agung dan esa, tidak ada duannya. Kalimah tauhid bagi umat islam "Laa ilaa ha Illallah Muhammadur Rasulullah" yang bermaksud TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. Kan jelas tiada tuhan selain Allah. saya menyeru kepada umat islam semua supaya tingkatkan amal dan banyakkan sembahyang serta banyakkan membaca Al-quran.

Nukilan ini hanyalah luahan dan akan diperhalusi lagi. sesiapa yang nak berkongsi sila beri komen atau pendapat saudara.

JKK

0 comments