Prof. Al-Attas' view on the polemical usage of the word "Allah" by non-Muslims
oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud
Aku sungguh bimbang sekali
Bahawa umat kita tidak akan bangkit lagi
Bukan kerana tiada pemimpin berwibawa di setiap bidang
Bukan kerana pertumbuhan ekonomi tidak cemerlang
Bukan kerana suasana politik yang tiada aman
Bukan kerana rakyat jelata malas berusaha siang malam
Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi,
Kerana pemimpin berwibawa di setiap bidang tidak didengarkan
Suara mereka yang berani-benar tentu tidak menyedapkan
Cadangan mereka mengislahkan perkara mengambil masa
Bukan untuk cepat mencari untung mengira laba
Bukan juga untuk menangi pilihan raya kan tiba
Bukan untuk menagih liputan media massa
Hanya inginkan kejayaan berkekalan
Mendapat keredhaan di dua kehidupan
Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi,
Kerana pertumbuhan ekonomi cemerlang tidak digunakan
Untuk mengukuh akhlak tinggi di peringkat atasan
Yang mudah berubah dengan longgokan kekayaan
Yang takabbur lalu merendah bidang tak menguntungkan.
Aku takut umat kita tidak akan bangkit lagi
Walau ekonomi melambung tinggi
Umatku sibuk membeli saham menjual budi
Anggap sekolah, madrasah tidak bererti jika gagal meningkatkan gaji
Universiti tidak dinilai secara insani, hanya patuh nafsu industri
Yang sering berubah mengikut pasaran
Pasaran berubah mengikut perasaan.
Aku bimbang walaupun suasana politik begitu aman
Rakyatku sentiasa ditakutkan dengan cerita khayalan
Tidak berani menyata kata walau hak didusta selalu
Tidak sanggup membuka mata walau muka diconteng melulu
Tidak malu membuat fitnah walau berada di pintu Kaabah
Tidak gentar pada al-Haqq kerana takut hilang anugerah.
Aku bimbang umatku tidak akan bangkit lagi
Kerana yang malas selalu diganjari
Kerana pandai memuji tinggi
Kerana terlalu tunduk mematuhi
Tanpa mengira ajaran amaran Ilahi
Tanpa mengikut undang-undang negeri
Ulama dapat dibeli, hakim dapat ditakuti.
Bagaimana kita akan bangkit semula melawan musuh
Jika ayam jantan yang senang berkokok setiap subuh
Membuka mata bangsa, menjernihkan yang lama keruh
Dipotong lidahnya, disepak terajang si anak bodoh?
Aku sungguh bimbang kita akan terus begini
Kerana puyuh pentadbir diangkat mengawal helang ilmi
Tata-cara sekolah rendah diguna-pakai di universiti tinggi
Kaedah mengurus wang dipertuhankan, dianggap suci
Diguna membangun insan, menilai sumbangan ulama dan Nabi.
Kita akan terus begini seribu tahun lagi
Kerana tabiat buruk membazir sentiasa diulangi:
Suka merungkai semula ikatan yang telah diikat kejap
Membuka kembali tenunan halus nan telah lama siap
Menebang pokok meranti tinggi, rendang dan tegap
Semata-mata kerana benci, dengki dan hasad!
Bagaimana kita akan bangkit semula
Memimpin dunia mendapat syurga?
Jika ibu-bapa pintar melahir anak cuma
Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
Jika guru, pensyarah kehilangan arah
Ilmu terpaku di dada ijazah
Jika peniaga bermain politik, bertuhankan laba
Ahli politik memperniaga prinsip dan akhlak segala
Jika cendekiawan cuma mengikut dan membuat komentar-
Cekap mengubah fakta, meminda makna, mengejar kuasa
Adam akan menyesal
Dan Iblis berkenduri besar.
Sungguh besar isu yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu ni, saya tak tau apa maksud yang tersirat disebalik keputusan mahkamah. tetapi yang pastinya isu nama Allah ini sensitif dan sangat tidak sesuai untuk dijadikan bahan untuk mengekal kuasa atau bermain politik. Dari segi istilah nama Allah itu tidak merujuk kepada mana-mana makna, sebab di dalam Al-quran itu jelas memberitahu kepada sekalian manusia tidak kira islam atau bukan islam bahawa nama Allah itu hanya untuk mereka yang beragama islam atau secara detailnya bagi makhluk Allah yang mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. God didalam kamus malayu pun bermaksud Tuhan dan bukan Allah. Allah itu agung dan esa, tidak ada duannya. Kalimah tauhid bagi umat islam "Laa ilaa ha Illallah Muhammadur Rasulullah" yang bermaksud TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. Kan jelas tiada tuhan selain Allah. saya menyeru kepada umat islam semua supaya tingkatkan amal dan banyakkan sembahyang serta banyakkan membaca Al-quran.
Nukilan ini hanyalah luahan dan akan diperhalusi lagi. sesiapa yang nak berkongsi sila beri komen atau pendapat saudara.
JKK
terlebih dahulu saya nak mohon maaf sekiranya terdapat antara perkataan saya yang kurang menyenangkan, saya hanya nak meluahkan isi hati saya yang telah lama terbuku....
keadilan atau umno, pakatan rakyat atau barisan nasional. sesiapapun tak dapat jangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang nanti. secara analoginya, keadilan atau pakatan rakyat boleh jadi kerajaan. demikian juga umno masih mampu mengekalkan kekuatan sekiranya ada perubahan kepimpimpinan. ramai orang beranggapan najib dan pak lah perlu undur diri. ada pula nak anwar masuk semula dalam umno. pelbagai tanggapan lagi timbul. kritikan demi kritikan, perang saraf semakin tampak taringnya. dengan kepetahan dan fakta yang ada pada anwar menyebabkan umno sesama sendiri jadi kucar kacir dan sukar nak dibetulkan (adakah disebabkan pemimpinnya nak jawatan PM dan TPM atau sudah lari dari matlamat perjuangan) manakala umno pula sibuk nak mempertahankan pendirian minta pak lah turun dan pelbagai cadangan dan harapan timbul. terlalu banyak persepsi . Alhamdulillah masyarakat kita sekarang semakin matang dengan kehadiran anwar...namun terlebih matang susah juga, takut nanti ada yang akan jadi assabiah, takut nanti ada yang jadi pengganas dan perusuh dan macam - macam lagi lah...jadi sama-sama kita fikirkan apa yang perlu kita lakukan....(KEADILAN ATAU UMNO)
Tarikh 05 Jun 2008, tarikh keramat buat semua masyarakat di seluruh malaysia. Kerajaan dengan penuh prihatin mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 40% daripada sebelumnya. Fenomena yang melanda negara kita kini adalah merupakan satu fenomena yang agak tidak asing lagi, kerana semakin maju dan membangun sesebuah negara semakin kurang keupayaan mengurus sumber tetapi kemampuan untuk bersaing dalam pembangunan semakin rancak dan berjalan lancar. Inilah yang saya nampak berlaku di negara kita yang tercinta.
saya tak salahkan kerajaan, tapi saya keliru dan tertanya-tanya dengan para pemilik takhta kerajaan di malaysia
syukran...............